Saturday, October 25, 2008

penurunan harga minyak

Shahrir: Penurunan harga minyak dijangka tidak melebihi 15 sen
Oct 25, 08 5:53pm
Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir AbdulSamad. Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak."Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini. Bernama memetik beliau sebagai berkata, harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna. Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter pada 15 Oktober lalu sementara harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 seliter manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20 seliter.Keputusan penurunan yang dijangka dicapai pada mesyuarat Kabinet pada 31 Oktober ini, merupakan penurunan kali keempat selepas kerajaan mengumumkan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lepas.

MUSYKIL:

1) masa keputusan menaikkan harga minyak sampai 78sen ari tu pernah tak kabinet consider yang kenaikan mendadak tu akan menjejaskan serta membebankan pengguna (rakyat keseluruhannya)??

2) sebab apa kabinet hanya consider kerugian pengusaha stesen minyak dalam hal penurunan harga minyak sedangkan ianya sudah tentunya akan menguntungkan rakyat secara keseluruhannya??

3) kenapa masa kenaikan ari tu tidak dilakukan secara berperingkat macam yang dilakukan kabinet dalam menurunkan harga minyak kini bagi memudahkan rakyat mengurus kewangan mereka secara berhikmah??

4) apa-apa pun alhamdulillah jika harga minyak diturunkan lagi sebab hampir suku dari perbelanjaan rakyat dihabiskan hanya untuk minyak...

No comments: