Friday, August 15, 2008

MANUSIA SEBAIK KEJADIAN





Kes 1: di sebuah masjid selepas solat jumaat:"fuyyoo, kereta apa tu mat? rasa2 hang tuan punya kereta ni kerja apa? kita ni dok pakai wira cabok la mat sampai pencen. nak buat macam mana kan. kita ni orang kecik. dia tu orang kaya."


kes 2: di sebuah kg di baling kedah: "kiah, hang ada dengaq dak milah dah beranak semalam. tapi kesian la anak dia tu beranak cacat. tangan dia pendek sebelah."


kes 3: di sebuah universiti di lembah klang: "sampai hati dia tolak pinangan aku. dah la tu sempat lagi kutuk aku kata muka tak hensem ada hati nak tackle dia. ceh, macam la dia tu lawa sangat."


kes 4: di sebuah sekolah di kulim :" cikgu dah ajaq banyak kali pasai istinjak kat hang saifool tapi awat hang ni lembap sangat. tak boleh2 lagi. orang lain semua dapat hang sorang yang tak reti. penat la ajaq hang. pi dok belakang kelas."

Firman Allah SWT dalam surah al-Tin, 95:4-6, yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .Kemudian , Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

segala puji selayaknya bagi Allah SWT yg telah menciptakan manusia sebagai sebaik2 kejadian. segala yg ada pada manusia dari segi sifat luaran seperti rupa paras, anggota badan dan sifat dalaman seperti kemampuan pemikiran,keinginan hawa nafsu merupakan dalil manusia adalah makhluk Allah yang terindah diciptakanNya. Dimuliakan juga manusia atas dasar sebaik2 makhluk Allah SWT dengan jawatan Khalifah Allah dimuka bumiNya untuk mentadbir dan memakmurkan masyarakat alam dan masyarakat manusia sendiri dengan wahyuNya. dengan status manausia sebagai KhalifahNya di bumi Allah ini manusia diperlengkapkan dengan segala sifat dan kebolehan yang melayakkannya menjadi khalifah, firman Allah SWT dalam surah al-isra; 17:70:

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

setiap manusia pada hakikatnya amat unik. setiap manusia diciptakan Allah berbeza rupa, berlainan sifat, berbagai kehendak, beraneka ragam, sentiasa berkhilaf pemikirannya. ada kaya ada miskin, ada kacak ada hodoh, ada pandai ada bodoh, ada alim ada jahil, ada jahat ada baik, ada malas ada rajin, ada berani ada fobia. inilah tanda manusia diciptakan sebaik kejadian. sesuatu yang tiada pada makhluk2 Allah yang lain. subhanallah! bila ana lihat perangai anak2 ana, pelajar2 ana, kawan2 ana dan manusia yang terlintas dihadapan ana , terlihat betapa hebatnya Allah menjadikan manusia seunik ini. fatabarakallahu ahsanul khaaliqiin!


namun ingatlah, kemulian dan keindahan manusia boleh berubah menjadi kehinaan dan kehodohan sekiranya manusia gagal memahami matlamat kejadian manusia itu sendiri. firman Allah SWT dalam surah al-Zariyat; 51:56:
Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu.

manusia akan jadi hina di dunia dan diakhirat. hina didunia bila manusia menjadi hamba kepada selain dari Allah SWT. hamba kepada keduniaan. diambilnya dunia sehingga terlupa akhiratnya.
wang, pangkat, kuasa, wanita, anak....semuanya fitnah yg boleh menjatuhkan kemuliaan manusia tu sendiri. Ya Allah, Peliharalah kami dari segala fitnah dunia yang melalaikan kami, yang merendahkan darjat kami dihadapan MU ya Allah......

hina di Akhirat bila mana dihumban manusia yang hina di dunia tadi ke nerakaMu ya Allah....
Firman Allah SWT dalam surah al-a'raf; 7:178-179

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

masya Allah! betapa hinanya manusia apabila di samakan dengan binatang ternakan bahkan lebih teruk lagi apabila disalahgunakan oleh mereka segala kemuliaan dan keindahan manusia kurniaan tuhan.

malu, malu, malunya.....


No comments: